SMK AGAMA KERIAN TMUA

Istiqamah Cemerlang Sekolah Gemilang

LATAR BELAKANG

Sejarah Sekolah dan Latar Belakang

Sekolah ini mula dibina pada tahun 1997 di tapak seluas 42 ekar. Sekolah ini terletak di dalam kawasan DUN Semanggol dan Kawasan Parlimen Bagan Serai. Sekolah ini ditubuhkan pada 1 April 1999 dengan permulaan 6 kelas tingkatan 1 dan 4 kelas tingkatan 4 Sastera Ikhtisas. Pada awal penubuhan, hanya 24 guru dengan bilangan pelajar seramai 330 orang dengan 110 pelajartingkatan 4 dan 220 orang pelajar tingkatan 1. Sekolah ini ber gred A dan mempunyai satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Kesemua pelajarnya juga tinggal di asrama yang telah disediakan.

Kini usia sekolah ini telah masuk tahun ke-8 penubuhannya dan telah berjaya melahirkan pelajar cemerlang yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Purata setiap tahun sebanyak 80% pelajar lepasan SPM berjaya mendapat tempat ke program matrikulasi Kementerian Pelajaran dan bakinya mendapat tempat di IPTA dan sebilangan kecilnya ke tingkatan 6. Pencapaian PMR sekolah ini telah mempamerkan arus menaik dengan jumlah yang berjaya memperolehi 9A dan 8A telah meningkat setiap tahun. Prestasi SPM yang lulus 100% dan masih dalam kedudukan 10 teratas di negeri Perak.

Pelbagai kemudahan dan naik taraf bangunan telah berlaku sejak dibuka sehingga kini sama ada di kawasan sekolah mahupun di asrama. Dari tahun 1999 lagi sekolah ini terus membangun dengan pesatnya sehingga kini. Terdapat beberapa penambahan bangunan dan prasarana yang telah didirikan di sekolah ini.  Terdapat 26 buah kelas pada tahun 2011. Sekolah ini juga memiliki sebuah dewan besar yang telah didirikan pada tahun 1999. Pelbagai acara atau majlis sekolah telah diadakan di dewan tersebut.

Mengenali persekitaran sekolah

      Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian terletak di daerah Kerian iaitu di Semanggol, Berkeluasan seluas 46 ekar milik Kementerian Pelajaran Malaysia,  menjadikan sekolah ini memiliki empat buah blok utama iaitu blok A, blok B, blok C dan  blok D. di setiap blok terdapat  beberapa buah kelas dan kemudahan lain dan bersesuaian dengan keperluan guru dan pelajarnya.

Blok A merupakan bangunan utama bagi sekolah ini, menempatkan pejabat, bilik perkembangan staf, bilik gerakan, beberapa buah kelas iaitu kelas tingkatan 4, tingkatan 6 tingkatan 2 dan tingkatan3, bilik rawatan dan lain-lain lagi. Blok ini memiliki 4 paras kesemuanya. Blok B pula menempatkan kelas tingkatan 5, tingkatan 3 dan tingkatan 1. Di blok ini juga terdapat stor sukan, bilik guru, bilik kaunseling, pusat sumber sekolah dan lain-lain lagi. Sama seperti blok A, blok ini juga memiliki 4 paras.

Seterusnya, blok C pula, terdapat pelbagai makmal antaranya makmal kimia, makmal biologi, fizik, makmal bahasa dan bilik seni visual. Terdapat juga sebuah bilik persediaan guru yang menempatkan beberapa alat bantu mengajar buat guru-guru. Di blok ini juga terdapat sebuah bilik pengawas dan juga bilik peka.

Blok terakhir adalah blok D, blok ini memfokuskan kemudahan pelajar bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup, terdapat dua bahagian, bahagian pertama menempatkan bilik kejuruteraan, bengkel paip, dan bengkel elektronik. Di bahagian kedua pula menempatkan bilik masakan, bilik pengurusan diri dan bengkel jahitan. Di sebelah kanan blok B dan C, terdapat sebuah makmal computer dan sebuah bengkel pertanian.

Sekolah ini juga memiliki sebuah Dewan Besar, bangunan asrama aspura dan aspuri, sebuah dewan makan dan sebuah surau. Prasarana ini memudahkan pelajar kerana mereka kesemuanya tinggal di asrama. Para pelajar juga di arahkan bersembahyang hanya di surau dan tidak dibenarkan sembahyang di bilik mereka. Selain itu terdapat beberapa kawasan untuk pelajar beriadah seperti padang yang dilengkapi dengan astaka dan lain-lain lagi.

Advertisements
%d bloggers like this: